Saturday, 27 August 2016

TAJUK TUGASAN

     
           PENGAJIAN MALAYSIA 
                              DUB1012

Image result for logo politeknik tuanku sultanah bahiyah


       PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA






Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Politeknik,
Salam 1 PTSB,  
Salam 1 Malaysia …


Pertama sekali ...

Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi tugas yang diberi oleh pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Puan Noraini binti Sulaiman . Dalam setiap kumpulan, kami diberi tajuk masing masing dan diminta untuk menulis blog berkaitan tentang tajuk tersebut . Pengisian blog ini lebih tertumpu kepada tajuk PROSES PILIHAN RAYA di Malaysia sepenuhnya.

Admin untuk blog ini terdiri daripada 7 orang dari kumpulan 3 iaitu 

        
  •            ALVINA A/P PRANCH (16DAT16F1211)
  •           TEH LO LU YEUAN     (16DAT16F1103)
  •           SYAMIMI NADHIRA BINTI OTHMAN (16DAT16F1113)
  •           SHAMVAARTHINI A/P GOVINDASAMY (16DAT16F1053)
  •           NURUL SHAFIKAH BINTI AHMAD RASHIDI (16DAT16F1112)
  •           RENADEVY A/P PARASOORAMAN (16DAT16F1050)
  •           SIAH JIA WEI (16DAT16F1084) 




Akhir kata , di harap pengisian blog ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada anda semua berkaitan dengan  tajuk PROSES PILIHAN RAYA itu sendiri dan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya . Sekiranya terdapat apa pencanggahan idea atau maklumat , komen ,ataupun apa apa pandangan boleh la usulkan di ruangan komen dibawah.






                                    PENGENALAN

Pilihan raya adalah mekanisme  utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara.

Secara umum pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat oleh rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun perseketuan.

                     PROSES PILIHAN RAYA DI                                                     MALAYSIA

    Image result for GAMBAR RAKYAT MENGUNDI                                  Image result for GAMBAR SUASANA PILIHAN RAYA
   Gambar 1:Rakyat mengundi                     Gambar 2:Suasana Pilihan Raya

Selepas  peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun  dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.


TUJUAN UTAMA PARTI-PARTI POLITIK BERTANDING IALAH UNTUK:
  • memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuaan  atau Negeri.
  • menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah / satu ciri penting dalam sistem demokrasi 
  • Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

    

  Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian
     yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
   
 Pilihan raya umum: Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini.  Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum,
   
    Pilihan raya kecil: Boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.


Pilihan Raya Umum:
  • melibatkan semua kawasan parlimen dan DUN seluruh Negara
  • diadakan setelah parlimen / DUN cukup tempoh lima tahun atau pembubaran parlimen oleh  YDA / raja


    
Pilihan Raya Kecil:

  • Melibatkan kawasan parlimen dan DUN apabila –   ahli hilang kelayakan/ meletakkan jawatan / meninggal dunia.
  • Kalau kosong dalam dua tahun terakir daripada tempoh lima tahun pilihan raya tidak akan dilaksanakan dalam satu kawa parlimen – biasanya ada 3 kawasan DUN.

  

Contoh Peristiwa
  

Proses pilihan dilakukan untuk menunjukkan rakyat ada hak untuk mentukan atau memilih pepimpin, sebagai contoh, kerajaan negeri Pulau Pinang ialah parti DAP, ini adalah pilihan rakyat semasa proses pilihan raya diadakan.

Kita mestilah tidak melapasi peluang untuk memilih pepimpin kerana inin adalad hak rakyat.


    
             SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
  

Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di tanah  melayu telah diadakan pada 27 Julai 1955.   
  • Antara parti yang mengambil bahagian dalam   pilihan raya :
  • Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MIC,MCA
  • Parti Negara pimpinan Datuk Onn
  • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
  • Parti-parti lain seperti Parti Buruh, Parti Kemajuan  Rakyat,Pertubuhan Kebangsaan Perak, dan Pertubuhan Melayu.        
  • PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.
  • Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat adalah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali.

Tujuan pilihan raya :
  • Memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan Negara.
  • Memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan negeri.

Sekiranya YDPA membubarkan parlimen, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh :


  • 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
  • 90 hari bagi Sabah dan Sarawak untuk menjalankan pengundian memandangkan ramai penduduk tinggal di kawasan pedalaman.

                      FUNGSI PILIHAN RAYA


           

Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.
Mengekalkan pucuk pimpinan
Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi   kerajaan
Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah  
 organisasi dan komuniti politik
Meneruskan legasi Negara Demokrasi Berparlimen.
Member peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar 

 pucu pimpinan.


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA


  •  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) atau (Election Commission of Malaysia).
  • Sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.
  • SPR Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.



PENAMBAHBAIKAN PRU
        

    Keanggotaan SPR


·         Semasa penubuhan, SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli. Berikutan dengan penubuhan Malaysia, bilangan ahli SPR telah ditambah kepada tiga orang.

·      Ahli tambahan itu berasal sama ada dari Sabah atau Sarawak dan dilantik secara bergilir-gilir. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang mewakili kedua-dua negeri.
·       
        Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi yang diisi oleh Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan.
·       
     Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang :

- Seorang Pengerusi,
- Seorang timbalan pengerusi,
- Lima orang ahli termasuk dua orang ahli masing-masing dari 
  Sabah dan Sarawak.

·Ahli-ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan 
 Majlis Raja-Raja.



Syarat kelayakan ahli SPR ialah :

-Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
-Seorang yang tidak muflis.
-Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
-Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen 
 dan Dewan Undangan Negeri.

·  Suruhanjaya ini membentuk sebuah urus setia yang diketuai 
  oleh seorang Setiausaha yang berperanan sebagai ketua 
  pentadbir.

·Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H.Cassidy
 yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

·Peranan SPR ialah menyelia dan menjalankan proses 
 demokrasi Negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama.


·Oleh itu, SPR merupakan sebuah badan yang bebas 
 daripada pengaruh politik.


                        Fungsi SPR




·Mengkaji dan membuat persempadanan 
 bahagian- bahagian pilihan raya

·Menjalankan urusan pendaftaran pemilih 
 dan penyemakan daftar pemilih.

·Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.


·Mendaftarkan calon-calon yang bertanding 
 dan memastikan calon-calon memenuhi criteria 
 dan kelayakan yang diperlukan.




UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA



Undang-undang dan Peraturan berkaitan dengan urusan pilihan raya telah diwujudkan bagi memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya.Antara undang-undang dan peraturan yang digubal adalah seperti berikut:

i)       Perlembagaan Persekutuan;

ii)     Perlembagaan Negeri;

iii)   Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957

iv)  Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);

v)     Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);

vi)   Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan
      Raya) 1981;    
         
vii)  Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran 
      Pemilih) 2002;

viii) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.


   
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Antarannya termasuklah Akta Polis 1967; Akta Hasutan 1958; Akta Rahsia Rasmi 1971; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Contoh peristiwa



Setakat ini, semua peraturan pilihan  raya tegas diikutkan dengan penuh amanah sebagai contoh polis mengawal rakyat untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan semua pilihan raya yang telah berlaku  dengan mengikut peraturan pilihan raya yang disytiharkan  selama ini.

Kita haruslah rasa bangga dengan kerana kerajaan malaysia patuh kepada praturan dan mengawal aktiviti yang tidak baik semasa pilihan raya.




Seseorang calon akan hilang 

kelayakan sekiranya 
                                   

dirinya :
  


  •  Telah didapati/diisytiharkan tidak siuman.
  •  Bankrap
  •  Memegang jawatan berkepentingan office of profit.
  •  Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya.
  •  Telah didapati bersalah oleh mahkamah di      Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1tahun / denda tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.
  •  Telah memperoleh kewarganegaraan asing.



PERINGKAT-PERINGKAT PILIHAN RAYA




Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan dua belas peringkat seperti berikut:



1. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEDIA ADA

2. PENDAFTARAN PEMILIH BARU.

3. SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH

4. PEMBUBARAN PARLIMEN

5. PENETAPAN TARIKH PRU ( dalam tempoh 60/90 hari )

6. HARI PENAMAAN CALON

7. KEMPEN PILIHAN RAYA

8. HARI PENGUNDIAN ( 8.00 am-5 pm )

9. PENGIRAAN UNDI – ( pada malam hari mengundi )

10.PENGUMUMAN KEPUTUSAN PR

11.PEMBENTUKAN KERAJAAN ( perlantikan PM / kabinet )


12.PERSIDANGAN PARLIMEN ( dalam tempoh 120 hari daripada tarikh      pembubaran parlimen )





1. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEDIA ADA

  • Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun,seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap tiga bulan sekali dan pendaftaran tersebut dipamerkan selama tujuh hari bagi urusan tuntutan dan bantahan.

        
(GAMBAR:SEMAKAN DAFTAR PEMILIH)



2. PENDAFTARAN PEMILIH BARU
  •               Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.Di Malaysia,seseorang itu layak untuk mendaftar jika:

o   (a) Seorang warganegara Malaysia
o   (b)Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
o   (c)Seorang pendududk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
o   (d)Tidak hilang kelayakan


3. SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH

  • Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalaui siasatan awam,daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan.Semasa semakan daftar induk,nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaaan.

(GAMBAR:SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH)

4. PEMBUBARAN PARLIMEN

  • Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka,SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepad Pegawai Pengurus.Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan ditawarkan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai.Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.


5. PENETAPAN TARIKH PRU ( DALAM TEMPOH 60/90 HARI )

  •          Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undang Negeri seperti yang ditetapkan oleh undang-undang,diadakan sekali dalam tempoh lima tahun,kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
  •       Pilihan raya kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan,sama ada disebabkan kematian,peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan.Dalam hal ini,tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR.
  •       Pilihan Raya Umum atau Pilihan Rdan penyokong tauaya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada Pegawai Pengurus.Pada masa yang sama,satu notis akan ditawarkan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.



6. HARI PENAMAAN CALON

  •      Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan bagi SPR untuk calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oelh calon,pencadang dan penyokong atau salah satu daripada mereka.Kebiasaannya kertas-kertas penamaan calon mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.Kertas-kertas penamaan calon  akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.

  •      Dalam kes di mana seorang  calon sahaja yang dicadangkan Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.


7.KEMPEN PILIHAN RAYA


  •      Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster,ceramah-ceramah,pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.  Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan.  Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.  


8. HARI PENGUNDIAN ( 8.00 AM-5 PM )

  •      Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan.  Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran  pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  •      Setiap pusat mengundi biasanya  mempunyai lebih dari satu tempat mengundi.  Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu.
  •       Bagi pengundi-pengundi tidak hadir  atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan.  Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada  jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.

9.  PENGIRAAN UNDI – ( PADA MALAM HARI MENGUNDI )
·          
    Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiran kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam borang 14.Semua borang 14 akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi.Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi.
Apabila semua keputusan Borang 14 - Penyata pengundian Selepas  Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.


10. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

    
     Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan  calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan.Keputusannya tidak boleh dipertikaikan.Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.

11. PEMBENTUKAN KERAJAAN ( PERLANTIKAN PM / KABINET)

          Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan 
      mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih 
      bagi pilihan  raya berkenaan. Oleh itu,sebuah kerajaan dapat dibentuk
      melalui perlantikan Perdana Menteri dan pembentukan kabinet.

12. PERSIDANGAN PARLIMEN ( DALAM TEMPOH 120 HARI DARIPADA TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN )

           Akhir sekali, Persidangan parlimen akan berlangsung,setelah 
       selesai  pembentukan  sesebuah  kerajaan.



PROSES DALAM BILIK MENGUNDI




Contoh  peristiwa


Pilihan raya selma ini diadakan di tempat yang aman dan damai, proses mengundi akan dilakukan 8am hingga 5pm sahaja, ini boleh dipercayai kerana tiada kesalahan yang dinaikan bahawa proses tersebut dilakukan atau dimulakan atau ditamatkan lebih atau kurang dartipada 8am hingga 5pm.

Sebagai rakyat malaysia yang sayang akan negara, hendaklah ruangkan masa untuk mengundi sebelum 5pm untuk pemilih pepimpin yang amanah untuk negara dan negeri.




KESIMPULAN




Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen seperti yang dipraktikkan oleh Malaysia, mekanisme pilihan raya telah digunakan untuk menentukan corak pemerintahan negara.  Proses pilihan raya akan melibatkan pengundi, parti-parti politik dan juga kerajaan.  Parti-parti politik yang bertanding akan mengisytiharkan calon dan manifesto masing-masing.  Sepanjang tempoh berkempen diadakan, calon-calon yang terpilih akan menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dengan membawa ucapan manifesto masing-masing untuk meraih sokongan dan seterusnya mempengaruhi rakyat agar memilih parti mereka semasa hari pengundian diadakan. Melalui kempen yang diadakan, rakyat berpeluang menilai personaliti dan juga aspirasi seseorang calon yang bakal mewakili mereka di parlimen kelak.Walau bagaimanapun, setiap calon yang bertanding perlu memenuhi beberapa syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.  Calon-calon yang didapati melanggar salah satu daripada syarat kelayakan seperti didapati tidak siuman, bankrap atau muflis, memperoleh kewarganegaraan lain dan sebagainya tidak akan dibenarkan bertanding. 

                              rujukan


buku rujukan
  • Ahmad Zaki Berahim(2011).Tajdid And Islah,Selangor:Universiti Malaya.
  • Abdul Aziz Bari (2008). Perlembangaan Malaysia Teori & Praktis,Selangor:Arah pendidikan Sdn Bhd.
  • Kamaruzzaman Ismail (2012).Pengajian Malaysia.Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd
Internet
  • http://www.spr.gov.my/
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_pilihan_raya_di_Malaysia